Khamis, 8 Oktober 2009

Muzium Koko Tawau

Muzium Koko Teck Guan-Khas
Sebut sahaja pasal koko pasti rakyat negeri ini akan mengaitkannya dengan Daerah Koko yang merupakan antara pengeluar koko utama di negeri ini.
Tidak hairanlah juga pengasas tanaman itu juga berasal dari Tawau iaitu mendiang Datuk Seri Hong Teck Guan pada era 1950-an.Beliau yang juga merupakan seorang usahawan tersohor dalam perdagangan kopra melalui sistem barter di Filipina dan Sulawesi, Indonesia sebelum itu telah memperluaskan perniagaannya dalam tanaman koko di Tawau dan seterusnya meluaskan lagi skop perniagaannya dalam mengeluarkan produk koko.
Kejayaannya dalam Industri Tanaman Koko di Malaysia menyebabkan Tawau terkenal sebagai pengeluar utama Koko di Asia.
Sebagai tanda mengenang jasa dan peranan mendiang dalam membangunkan industri koko negara, sebuah muzium koko Teck Guan yang terletak di Batu 2, Tanjung Batu Laut, Kilang Teck Guan, Tawau.Muzium yang mula di bina pada tahun 1997 dan mula di buka kepada orang ramai pada tahun 2002 mempunyai reka bentuk dan susun atur replika koko yang menarik sebagai tarikan pengunjung ke muzium yang pertama seumpamannya di negara ini.
Selain susun atur yang menarik, aroma koko yang seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang ingin mendalami dan ingin mengetahui sejarah koko di negara ini khususnya di Sabah.
Setiap pengunjung yang datang ke Muzium ini bukan sahaja berpeluang membeli buah tangan daripada pelbagai jenis produk koko malah berpeluang mendengar taklimat ringkas mengani sejarah koko di Sabah dan berpeluang melihat demontrasi produk koko dan merasai sendiri khasiat dan kelazatan prodok koko iaitu coklat yang menjadi makanan kegemaran semua peringkat umur.Nestle, Vobvartis, m&m, hersey dan cadbery antara pengguna utama produk koko keluaran kilang tersebut.
Muzium tersebut turut menempatkan auditorium mini yang boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa. Di sini anda boleh berseronok menyaksikan tayangan video selama 20 minit yang memaparkan tentang pemprosesan dan pengeluaran koko. Wanita ‘Hoko’ kemudiannya akan menunjukkan bagaimana snek dan hidangan istimewa koko yang lain disediakan. Pelbagai produk Hoko tersedia untuk dibeli, daripada jam coklat sehinggalah kepada minuman koko panas segera.
Menurut Pengurus Majulah Koko Tawau Sendirian Berhad,Chan Kwai Mang, penubuhan muzium ini merupakan cetusan ilham anak kepada mendiang Datuk Seri Panglima Hong Teck Guan iaitu...........yang bertujuan memberi pengikhtirafan dan mengenang jasa ayahnya dalam melestarikan Industri Koko Negara khususnya di Sabah disamping memberi peluang kepada generasi muda mengenali lebih dekat lagi akan khasiat dan kebaikan koko.
Up sound:
q in:
q out:
super:
Beliau juga berkata, Pusat Penyelidikan Koko yang terletak di Quinn Hill Tawau juga ditubuhkan sebagai usaha menambahbaik kualiti dan produk keluaran syarikat itu.
Tidak hairanlah sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman selama 40 tahun dalam tanaman koko penubuhan Muzium tersebut adalah relevan terutama dalam memastikan masyarakat tempatan khususnya di Tawau dapat terus menikmati peluang ekonomi hasil daripada produk tanaman koko.Kemampuan Kilang Teck Guan memproses 15-ribu tan metrik biji koko setahun menjadikan kilang tersebut adalah yang terbesar di Asia.
endsss.....

Ahad, 27 September 2009

Sistem Barter meriahkan Raya Kg. Darau, Menggatal

Menggatal: Mungkin masyarakat tempatan di Sabah tidak menyedari akan kewujudan Sistem Barter yang agak sinonim di kalangan penduduk Kg. Darau, Menggatal iaitu kira-kira 10 Kilometer perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Budaya masyarakat tempatan di kampung ini yang majoritinya kaum Bajau Sama telah berlarutan sejak zaman berzaman dan masih diamalkan oleh generasi masa kini. Apa yang uniknya, setiap kali pagi syawal masyarakat kadazan-dusun yang datangnya dari beberapa daerah di Sabah seperti Tambunan, Ranau, Kota Marudu dan Tamparuli bertandang ke Kampung Darau semata-mata ingin menukarkan hasil pertanian mereka khususnya pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kuih-muih tradisional yang kebanyakannya hanya dapat dinikmati setiap kali menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Bagi penduduk kampung ini, sambutan Hari Lebaran tidak boleh dipisahkan dengan tamu unik yang menggunakan Sistem Barter di pengunjung mereka yang beragama bukan Islam ke kampung mereka semata-mata untuk menukar hasil pertanian mereka dengan kuih-muih penduduk kampung tersebut.Kuih Cincin, penjaram, sarang semut dan pelbagai jenis biskut raya merupakan antara kuih tukaran yang sangat popular di kalangan pengunjung yang datang dari beberapa daerah utama di negeri ini. Keunikan dan kemeriahan suasana tamu pagi syawal bukan sahaja menonjolkan keunikan budaya dan adat resam masyarakat tempatan di Sabah malah mampu menonjolkan perpaduan dan kerukunan rakyat berbilang kaum dan bangsa yang saling faham-memahami di antara satu sama lain.